Monday, 7 December 2015

Novel Erti Sebuah Pengorbanan - Tingkatan 2

Sinopsis Novel Erti Sebuah Pengorbanan -Tingkatan 2

Erti Sebuah Pengorbanan
(oleh Zaihanim Abidin)

1
Sinopsis
Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah mahupun di rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand.

Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai. Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.

Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin. Iman kembali mesra dengan ayahnya. Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.

Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.

2
Tema
Kasih sayang
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

3
Persoalan
1. Persoalan pengorbanan
Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

2. Persoalan ketabahan
Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3. Persoalan hubungan persahabatan
Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke peringkat daerah.

4. Persoalan taat kepada perintah agama
Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang dihajatinya tercapai.

4
Binaan Plot
Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.

Perkembangan
Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung. Mereka sering bersama-sama ke sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama. Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.

Perumitan
Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Hal ini menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda. Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.

Puncak
Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut. Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia cekal. Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.

Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman. Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.

5
Teknik Plot
1. Dialog
Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.

2. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.

3. Imbas kembali
Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.

4. Suspens
Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.

6
Watak Utama

Iman Zulaikha
 PenyayangØ
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.

 GigihØ
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

 PemaafØ
Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

 BeraniØ
Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

7
Watak Sampingan
Cikgu Julia
Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.Ø
Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.Ø
Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.Ø

Pei Wen
Merupakan sahabat baik Iman.Ø
Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak   tirinya.Ø

Adif Danial
Merupakan sahabat baik Zulkarnain.Ø
Rakan sekelas Iman Zulaikha.Ø
Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.Ø

Linda
Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.Ø
Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.Ø
8
Latar
Latar Masa
Pada waktu pagi.Ø
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.

PadaØ waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.

PadaØ waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat

SekolahØ
Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.

Rumah datuk dan nenek ImanØ
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

Port DicksonØ
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.

KampungØ
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat

Masyarakat pelajarØ
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.

Masyarakat kampungØ
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.

Masyarakat yang patuh kepada agamaØ
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahnya di kampung tersebut.

9
Nilai
1. Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.

2. Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah

3. Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
10
Pengajaran
  1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.
  2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.
  3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.


Soalan dan Jawapan

Soalan
Jawapan
1
Nyatakan tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin.
Tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin ialah kasih sayang iaitu usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Iman Zulaikha untuk mengeratkan kembali hubungan kasih sayang antara kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah.

2
Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan.
Jelaskan tiga perwatakan bagi watak tersebut.

Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel ini. Peranannya berkembang dari
awal hingga ke kesudahan cerita. Tiga perwatakan Iman Zulaikha ialah

a) Penyayang.
Iman Zulaikha merupakan seorang gadis berusia 13 tahun yang sangat penyayang. Beliau sangat sayangkan keluarganya. Iman Zulaikha telah cuba berusaha untuk menyatukan kembali ikatan kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telah
berpisah kerana beliau sangat sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua-dua ibu
bapanya dapat bersatu kembali.

b) Gigih.
Iman Zulaikha seorang yang kuat berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan guru kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatih
bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah dan
daerah. Akhirnya beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan menjadi
Johan.

c) Pemaaf.
Iman Zulaikha merupakan seorang yang pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan kawan sekelasnya, Linda yang telah banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia turut memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.






No comments:

Post a Comment