Tuesday 8 December 2015

Teka Silangkata - Kosa Kata

Teka silang Kata: Kosa Kata


Melintang

2.     Orang yang menyediakan bahan untuk perniagaan.

6.     Nama yang dikhaskan bagi sesuatu jenis barangan yang dikeluarkan oleh pengilang.

8.     potongan harga bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan.

     Menegak

1.     Perkara yang berkaitan dengan nilai dagangan.

2.     Jumlah angka yang dibahagikan dengan seratus.

3.     Wang atau harta benda yang digunakan untuk menjalankan sesuatu perniagaan.

4.     Harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan, menyelenggara sesuatu 

barangan atau perkhidmatan.

5.     Tersangat laku (barang jualan).

7.     Bakul besar yang diisi dengan pelbagai barang sebagai hadiah.

9.     Pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio, dan media

 massa yang lain.


Monday 7 December 2015

Penanda Wacana

Penanda Wacana Karangan

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, hal ini akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Contoh penanda wacana seperti berikut::


A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

  • Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
  • Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
  • Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
  • Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronar yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
  • Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
  • Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN 

     KARANGAN

  • Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
  • Sebagai memperkukuh lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
  •  Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
  • Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa …Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Seperti yang kita ketahui
· Seperti yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu…
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan…
· Hal ini penting dalam…
· Hal ini serupa dengan…
· Hal yang serupa berlaku apabila…
· Ini disebabkan…
· Ini membuktikan bahawa…
· Ini menggambarkan bahawa…
· Ini secara tidak langsung akan…
· Ini semua meninggalkan kesan kerana…
· Ini tentu sekali membuatkan…
· Jadi kita perlu…
· Jadi kita hendaklah…
· Keadaan ini tentunya…
· Lantaran itu sehingga kini…
· Kesemua ini menyumbang kepada…
· Kita mengakui hakikat bahawa…
· Kita sering menonton di kaca televisyen…
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar…
· Memandangkan keadaan yang sedemikian…
· Namun sejak kebelakangan ini…
· Oleh itu, bolehlah dikatakan…
· Secara logiknya masa yang…
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita…
· Keadaan ini seharusnya boleh…
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini…
· Kendatipun demikian, kita masih…
· Yang paling nyata ialah…
· Yang perlu kita pastikan ialah …

E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

  • Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak…
  • Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan…
  • Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya…
· Biar kita lihat…
· Biar kita ambil contoh…
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah…
· Sebagai analoginya,…
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah...


G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

  • Intihanya,…
  • Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas…
  • Konklusinya,…
  • Dengan ini diharapkan…
  • Bukan itu sahaja…
  • Mudah-mudahan perkara ini…
  • Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa…
  • Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, in sya Allah perkara ini akan …
  • Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama…

H. PENANDA WACANA UMUM

1
Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping

2
Urutan
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

3
Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
4
Contoh
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
5
Rumusan
rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6
Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
7
Waktu
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
8
Sebab dan kesan
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,dengan itu
9
Bandingan
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
10
Pertentangan
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

11
Pengesahan
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya




Teka Silangkata Bahasa Melayu - Istilah Sastera

Teka Silangkata Bahasa Melayu
Istilah Sastera dalam Komponen Sastera

MELINTANG
1
Memberi unsur atau sifat manusia atau benda hidup kepada bukan benda hidup.
5
Pelaku atau pelakon dalam sesebuah cerita.
6
Jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan akibat.
8
Pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis.
10
Watak jahat dalam sesuatu cerita.
12
Pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat.
14
Penceritaan melalui perbualan dua orang watak atau lebih.
16
Puncak cerita.

MENEGAK
2
Perbandingan atau pemilihan kata yang berlebih-lebihan.
3
Perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya.
4
Pengulangan huruf vokal dalam sesuatu baris ayat.
7
Pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik.
9
Pertentangan dalam sesuatu cerita.
11
Singkatan perkataan.
13
Bunyi perkataan pada sesuatu ayat.
15
Penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.


-          Selamat mencuba  dan semoga berjaya -

Penggunaan Kata yang Tepat


PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT




Perkataan
Makna
Ayat Contoh
1.
menenun
membuat barang tenun
1.
Puan Nila menenun kain pua yang ditempah oleh pelanggannya.
2.
menyulam
menjahit sulam
2.
Pada masa lapang. Anis gemar menyulam kain alas meja.
3.
menganyam
proses menyilang sesuatu
3.
Nenek Piah menganyam tikar pandan di serambi rumahnya.
4.
menekat
membuat tekat
4.
Puan Siti menekat sarung bantal anaknya itu dengan benang emas.
5.
mengait
merajut dengan jarum kait
5.
Ibu mengait baju sejuk untuk abang yang akan belajar di luar negara.
6.
mencanting
melukis corak pada kain dengan canting
6.
Suri mencanting batik sutera itu dengan berhati-hati.
7.
menyirat
membuat jala
7.
Pak Lajis mengambil upah menyirat jala pada musim tengkujuh.
8.
melakar
melukis corak secara kasar
8.
Wan Mas melakar corak batik itu di atas sehelai kain putih.
9.
membatik
membuat batik dengan tangan
9.
Kerja membatik kini semakin diminati oleh generasi muda.




Soalan Kuiz Bahasa Melayu








Soalan Kuiz Bahasa Melayu

Soalan 1 hingga 5 berkaitan dengan tatabahasa Melayu

1                   Perkataan ‘Si Kancil’ termasuk dalam golongan kata nama apa?
A. Kata nama am          B. Kata nama khas                        
C. Kata ganti nama       D. Kata nama singkat

2                   Kata adjektif  juga dikenali sebagai kata…..
A. kerja                           B. nama                                            
C. sifat                             D. ganti nama

3                   Kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan. Kata kerja terbahagi kepada _____ golongan?
A. dua                              B. tiga                                               
C. empat                         D. lima

4                   Perkataan ‘kepada’ ialah contoh kata…
A. adjektif                       B. sendi nama                                 
C. kerja                            D. nama

5                   Perkataan ‘sempit’ sama makna dengan…
A. tidak luas                   B. berhampiran                             
C. erat                              D. padat

Soalan 6 hingga 10 berkaitan dengan peribahasa Melayu dan penjodoh bilangan
6                   Dalam peribahasa Melayu, ‘Ada rupa’ bermaksud…
A. ada muka                  B. banyak rupa                              
C. cantik                         D. montek

7                   Panjang  tangan bermaksud…
A. tangan panjang       B. memanjang  tangan                
C. suka mencuri            D. boleh mengambil barang

8                   Lipas kudung bermaksud…
A. cacat kaki                  B. kudung kaki                               
C. tidak berdaya           D. pantas bekerja

9                   Penjodoh bilangan bagi  kertas ialah…
A. keping                        B. bentuk                             
C. buah                            D. ulas

10              Penjodoh bilangan bagi  bunga ialah…
A. kuntum                     B. das                                                
C. pucuk                          D. ulas

Soalan 11 hingga 15 berkaitan dengan komponen sastera Bahasa Melayu
11              Dalam pelajaran komponen sastera Melayu, Sinopsis bermaksud…..
A. buku ringkasan        B. ringkaskan karangan               
C. ringkasan cerita       D. cerita lama

12              Plot bermaksud …
A. cerita                       B. peristiwa bersambung            
C. jalinan peristiwa      D. cerita jenaka

13              Dalam komponen sastera, keterangan yang berkaitan masa, tempat dan masyarakat dinamakan sebagai…
A. tema                          B. nilai                                               
C. persoalan                   D. latar

14              Romantis adalah salah satu bentuk…
A. nada                          B. gaya bahasa                               
C. binaan plot                D. tema

15              Dalam teknik plot, mengenang semula peristiwa yang pernah dialami dikenali sebagai…
A. imbas muka               B. imbas kembali                           

C. saspens                      D. dialog