Monday, 7 December 2015

Format Terbaru PT3 Bahasa Melayu

Format Terbaru Bahasa Melayu PT3 - Tingkatan 3
Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D.
BAHAGIAN A
(25 markah)
1
Dalam perenggan di bawah terdapat tiga kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Esok aku akan menghadapi peperiksaan PT3. Gemuruh juga rasa hatiku apabila bayangkan saat-saat aku berada di Dewan Wawasan untuk memulakan kertas ujian Bahasa Melayu. Awal-awal lagi peralatan sekolah aku sudah sediakan. Alat tulis seperti pen, pensel, pemadam dan pembaris sudah aku beli. Tidak tertinggal juga kad pengenalan dan slip peperiksaanku. Aku berazam untuk menjadi murid cemerlang tahun ini. Aku mahu mengharumkan nama sekolahku dan menjadi kebanggaan ayah dan ibu serta guru-guruku.

1.       ___________________________
2.       ___________________________
3.       ___________________________

2
Dalam perenggan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenalpasti kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
                 
                                Para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya sedang bergotong royong    membina dua buah pondok bacaan di tepi padang sekolah. Usaha murni ini ditaja oleh pihak Persatuan Ibubapa dan Guru-guru. Pondok-pondok bacaan ini dibina bertujuan untuk            mengalakkan     para pelajar mengisi masa lapang dengan aktiviti membaca. Pengetua            sekolah itu berharap      agar para pelajar dapat mengisi masa lapang dengan membaca bahan-  bahan bacaan yang berfaedah di pondok-pondok bacaan tersebut dan tidak    membazir masa dengan hanya melepak dan berbual kosong.
1.       ___________________________
2.       ___________________________
3.       ___________________________

3
Bina ayat tanya yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberi.

1.       Anis ialah kawan karib Farah Dayana.
_____________________________________________________________
2.       Farah berasa sedih kerana duitnya hilang semasa dalam perjalanan ke sekolah.
_____________________________________________________________
3.       Anis memujuk Farah agar tidak terlalu mengenangkan peristiwa itu.
_____________________________________________________________
4.       Anis memberitahu guru kelas tentang kehilangan duit Farah untuk membantunya.
_____________________________________________________________

5.       Guru kelas telah berusaha mengadakan kutipan derma untuk memberi bantuan kewangan kepada Farah.

_____________________________________________________________

4
Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis dua peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.





1.                   _____________________________________________________________
2.                   _____________________________________________________________
(4 markah)
NOVEL
(10 markah)

Berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan 2, Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin, berikan pengajaran yang boleh anda ambil daripada watak Cikgu Julia dan Linda dengan memberikan contoh dan peristiwa yang berkaitan.
BAHAGIAN C
(20 markah)

Berdasarkan graf palang 1 di bawah, tulis ulasan antara 80 hingga 100 patah kata.

BAHAGIAN D
(30 markah)

9
Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.


i)                    Sekolah anda akan menganjurkan sambutan Hari Guru. Sebagai ketua pelajar, anda telah diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis teks ucapan anda selengkapnya.

ii)                   Guru adalah insan kedua yang mesti dihormati oleh seseorang selepas ibu bapa.  Bincangkan cara-cara anda menghormati guru anda.

iii)                 Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah telah diadakan di sekolah anda. Sebagai salah seorang krew lakonan untuk persembahan Hari Guru, perihalkan pengalaman anda membuat persembahan pada hari itu sebagai salah satu cara untuk menggembirakan hati para guru.


No comments:

Post a Comment